NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Ahad mengadakan rundingan tergempar secara tertutup berikutan serangan besar-besaran di Gaza, lapor Xinhua.
Majlis itu bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang dokumen selepas pertemuan tersebut.
Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour sebelum mesyuarat itu berkata, kekebalan Israel dan ketiadaan tindakan antarabangsa harus dipersalahkan atas situasi semasa.
"Adalah dikesali, sejarah bagi sesetengah media dan ahli politik bermula apabila orang Israel terbunuh," menurutnya dalam satu kenyataan.
"Ini bukan masa untuk membiarkan Israel menggandakan pilihannya yang mengerikan. Ini adalah masa untuk memberitahu Israel bahawa ia perlu mengubah haluan bahawa terdapat jalan ke arah perdamaian di mana baik rakyat Palestin dan Israel tidak terbunuh."
"Israel selalu berkata: sekatan dan serangan berulang-ulang ke atas Gaza adalah untuk memusnahkan keupayaan tentera Hamas dan memastikan keselamatan. Jelas dan seperti yang dijangkakan, sekatan dan serangan itu tidak mencapai apa-apa," katanya.
"Satu-satunya perkara yang mereka berjaya lakukan adalah menyebabkan penderitaan yang teruk pada seluruh penduduk awam. Sudah tiba masanya untuk mengakhiri keganasan dan pertumpahan darah serta merta dan sudah tiba masanya untuk mengakhiri sekatan ini dan membuka hala tuju politik."
Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel pada hari Sabtu. Sebagai tindak balas, tentera Israel melakukan serangan udara yang menyasarkan tapak dan ibu pejabat Hamas di Semenanjung Gaza.
Sementara itu, wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun menggesa agar pihak bertelagah mengawal tindakan untuk mengelak peningkatan ketegangan selanjutnya.
Semasa rundingan itu, Zhang berkata China sangat bimbang dengan pertempuran dan bersedih dengan kematian ramai penduduk awam. China juga bimbang tentang prospek peningkatan konflik lebih lanjut, menurut Misi Tetap China ke PBB.
Zhang menyeru semua pihak untuk mengawal tindakan maksimum bagi mengelak peningkatan lebih lanjut dan bersetuju dengan gencatan senjata. Beliau menggesa usaha untuk mendesak penyelesaian dua negara dengan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
Majlis Keselamatan PBB bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang dokumen selepas pertemuan tersebut. - Gambar fail/ Reuters
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
AWANI Ringkas: Ugut ibu bapa selebriti | Kad Diskaun Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rundingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.